Wednesday, 17 August 2011

SELAMAT .....

Assalamualaikum..
tak jawab dosa kalau jawab sayang  (MARIA ELENA)


Well memandangkan aku dah lama sangat tak update blog aku ni. So, hari ni aku mengambil sedikit masa yang ada untuk mengarut dalam post ni. Alhamdulillah sekarang ni aku dah melaksanakan ibadah puasa hari yang ke 17. Bermacam-macam dugaan yang aku tempuhi sepanjang bulan ramadhan ni. Kebanyakan dugaan emosi. Semenjak, dua menjak, tiga menjak dan bermenjak-menjak ni emosi aku kurang stabil. Entah apa kena la dengan aku. Kadang-kadang ada je orang yang start nak buat aku rasa menyampah sampai tahap sampah. Tapi aku sabar, aku tak boleh melenting tengah bulan puasa ni. Cuma aku melenting dekat twitter la. Apa-apa pun dikesempatan ni aku nak ucapkan Selamat Berpuasa, Selamat Berbuka Puasa dan Selama Hari Raya.

Monday, 11 July 2011

I will try to FIX you

Assalamualaikum.
#nowplaying One Republic- Good Life.

Dah lama rasanya tak upate blog ni. Last update pun masa nak mula short sem and now aku dah habis short sem, tengah cuti. Kehidupan ketika short sem cukup bahagia dan indah. Kalau dulu aku sangka aku tak la sekuat mana untuk menangani segala musibah yang menimpa aku. Ternyata semua tu tak betul. Time is the best healer. Banyak juga yang aku pelajari sepanjang 3 bulan lebih di UIA. Alhamdulillah, aku dah kembali seperti sedia kala. Impian aku buat masa sekarang, ingin menjadi orang yang berguna kepada keluar, masyarakat dan juga agama. Insyaallah, aku akan cuba mengelak dari semua perkara yang boleh membuatkan aku alpa. Alhamdulillah aku ditempatkan dikalangan rakan-rakan yang banyak mengingatkan aku tentang erti hidup. Semoga aku boleh berubah untuk menjadi muslimah yang sejati. Amin.

Tuesday, 3 May 2011

Things to do

Assalamualaikum.
#nowplaying........


  1. Packing barang.
  2. Beli barang makanan.
  3. Packing buku-buku.
  4. Ready untuk hidup yang baru.
  5. Ready untuk result petang ni. Terima dengan hati yang terbuka.
  6. Jumpa bendahari UIA untuk urus hal loan TAPEM.
  7. Check-in mahallah hari sabtu.
Mulakan dengan lafaz bismillah. Semoga segala impian aku tercapai. Insyaallah. Sekiranya tidak tercapai, aku redha. Ada hikmah disebalik setiap kejadian. Segala musibah yang menimpa aku kebelakangan ini, aku pasrah dan redha kerana aku tahu, cuma DIA yang mengetahui apa yang terbaik untuk aku. Walau pun, untuk meredhakan sesuatu itu agak susah, tapi aku perlu cuba. Terima kasih ya Allah, terima kasih buat si dia, terima kasih kawan-kawan dan terima kasih keluarga.

Kalau

Assalamualaikum..
#nowplaying One Republic-Secrets

Situasi 1

A : Kau takut tak esok? Yela result nak keluar.
B : Takut sangat. Rasa macam banyak repeat ni.
A : Aku pun. Dah la exam haritu jawab macam apa entah.
B : Tu kau. Aku ni macam mana? Kalau kau tak boleh jawab, aku ni?

Situasi 2

A : Kau takut tak esok? Yela result nak keluar.
B : Tak takut langsung.
A : Gila la kau. Mesti gempak masa jawab exam.
B : Memang pun. Kenapa? Kau takut ke?
A : Hahaha. Aku takut laa.
B : Kau takut-takut pun tak ada guna. Result tetap juga keluar esok.

Aku di dalam situasi yang mana satu? Renung-renung kan.

Mesin Masa

Assalamualaikum..
#nowplaying Rihanna-Russian Roulette.


Kalau la mesin masa tu wujud..
Aku nak pergi ke masa lampau dan aku tak nak kenal kau..
Kalau la mesin masa tu ada..
Aku nak pergi ke masa lampau dan menikmati bahagia dengan kau..

Tapi semua tu dah tak ada makna. Bagi aku, kau dah mati. Aku dah tutup season sengsara dan season bahagia akan datang tak lama lagi. Tunggu dan lihat. Sekarang kau berada di atas, suatu masa nanti aku pula yang berada di atas. 

xoxo

Friday, 29 April 2011

Sometimes

Assalamualaikum..
#nowplaying The Script-For the first time.


:) Masa tengah down dengan si A, mesti aku akan dengar lagu tu. Bila dengar mesti aku terus okay. Lagu The Script ni banyak memori. Aku patut jauhkan diri aku dari semua memori tentang si A. Tapi, lagu-lagu The script ni aku tak boleh nak buang. Si A and lagu ni dah macam menjadi sebahagian diri aku. Now, bila si A hilang, aku ni ibarat hilang sebahagian diri aku. Aku rasa seronok sangat bila terkenangkan memori dengan si A. Tapi aku tak boleh terima yang si A dah tak ada dengan aku lagi. Bila tidur aku harap sangat semua ni mimpi. Bila bangun aku dapat call or mesej good morning dari si A. Bila bayangkan aku dengan orang lain, aku rasa macam tak boleh je. Aku nak tunggu si A. Biar pun berapa lama. Aku tetap tunggu.

"Policeman says son you can't stay here,
 I said there's someone I'm waiting for if,
 It's a DAY, a MONTH, a YEAR"

Thursday, 28 April 2011

I'm Smiling But I'm Dying

Assalamualaikum..
#nowplaying The Script-Nothing


Kadang-kadang aku rasa nak merayu, tapi aku tahu semuanya dah tak guna. Aku rasa nak menangis. Orang kata menangis je kalau tu boleh buat aku puas. Tapi aku sentiasa tak puas dengan menangis. So, aku simpan semuanya dalam hati. Sakit sangat. Cuma kau la satu-satunya yang boleh buat aku betul-betul in love. Mungkin betul apa kawan aku cakap. Aku hanya mengharapkan kau untuk jadi kau yang dulu. Mungkin betul aku hanya cintakan kau yang dulu. Mungkin betul selama ni aku cuma hidup dengan kenangan bersama kau yang dulu. Aku teringin nak jadi orang lain, senang nak melupakan lelaki yang diorang sayang. Tapi aku tak mampu. Kalau la kau tahu isi hati aku. Aku tahu aku tak boleh paksa kau untuk sayang aku. Kau dah berubah, aku dah berubah. Cuma satu, sayang dan cinta aku dekat kau tak pernah berubah. Aku cuma mampu doa satu hari kau akan datang balik. Aku cuma mampu bersabar.

I'm the girl who can't be moved

Assalamualaikum..
#nowplaying The Script-The man who can't be moved

Aku cuma mengharap. Selagi aku belum bersuami, aku tetap tunggu. Datang la bila-bila kau nak sebab sayang aku tak pernah berubah. Aku memang tak boleh move on. Sumpah.


CERITA BUKU

Assalamualaikum..
Well hello there world *anwar hadi..
#nowplaying The Script-If you ever come back


A : Bapak aku cerita kat aku yang zizan dengan Juliana Evans tak ada apa-apa.
B : Asal plak?
A : Sebab Zizan rasa yang die dengan Juliana tu tak setaraf. Lega aku. Memang ada chance r.
B : Kau cakap macam Zizan tu classmate kau. Juliana Evans tu kenal kau ke?
A : erkkk..Ye tak ye.. Confident je aku.

Aku malu. Aku kenal Zizan and Juliana Evans. Tapi dorang tak kenal aku. T__T

Monday, 25 April 2011

I AM STRONG

Assalamualaikum.
#nowplaying maroon 5-stutter.


Alhamdulillah. Hari demi hari aku dah bertambah kuat. Betul la cakap Q. Kalau hari-hari kita buat benda yang sama, lama-lama kita juga akan rasa muak dan malas dah. Itu la apa yang aku rasa sekarang. So, kepada yang berkenaan, saya dedicate lagu ni untuk awak.


Saya minta maaf. Awak la yang menyebabkan saya dah malas, muak dan sebagainya. Okay bye.

Friday, 22 April 2011

ORANG KATA

Assalamualaikum.
#nowplaying Justin Timberlake- What goes around comes around


Mak aku selalu pesan, biar orang buat jahat dengan kita, jangan kita buat jahat dengan orang sebab kita tak boleh menzalimi sesama manusia. Berdosa katanya. Aku berpegang dengan prinsip tu. Aku percaya buat baik dibalas baik dan buat jahat dibalas jahat. Bak kata kawan aku "kita ni tak ada hak untuk menghakimi atau mengadili manusia.. Biar Allah je yang membalas budi baik dan jahat orang tu". Betul tu. Aku percaya Allah itu Maha mengetahui. Kalau Allah tak balas perbuatan seseorang itu di atas muka bumi. Allah akan membalas kelak.  Kita sebagai manusia, kalau ada rasa marah dengan seseorang sebaiknya kita jangan la mendoakan yang baik. Kenapa? Sebab kita ni manusia. Memang kita doakan yang baik untuk orang tu tapi jauh disudut hati kita mesti kita ada mengharapkan sesuatu yang buruk berlaku dekat orang tu. Sama ada korang sedar atau pun tak sedar mesti ada punya. Tak payah la korang menafikan nya. Manusia ni tak sempurna. Jadi cara yang terbaik untuk mengelakkan kita mendoakan yang baik atau buruk untuk orang itu adalah sibuk kan diri korang dengan pekerjaan yang berfaedah. Persetankan semua orang yang mengundang kemarahan kita. 

Sebenarnya aku tengah marah ni..

CHERAS

Assalamualaikum..

Aku dah mula merindui Cheras. Tunggu kepulangan ku wahai Cheras.

TERINGAT

Assalamualaikum..
#nowplaying unic-demi cinta suci


Okay this is my second post. Perbualan di pagi hari..

A : kak.. cukup ke duit belanja kita nak pergi sana?dah la mata wang dorang tinggi nak mampus.
B : cukup x cukup.. kita bolos je..
A : Okay.. sorry susah kan akak..
B : no biggie la sayang..jangan cakap macam tu okay??kita balik esok la. janji awak dapat lupa masalah awak sekejap.
A : yela duit yang akak guna untuk bawa saya pergi sini sepatutnya akak guna untuk concert si bibir.
B : pfftt.. yang awak ingat kan akak pasal bieber kenapa? *menangis
A : bibir lagi penting dari aku.. tunggu r aku dapat ticket maroon 5..
    
Apa yang aku nak cerita sebanrnya.. ni diaa..

No wonder la aku stay kat negara orang sekejap je. Setengah ribu ringgit aku bawak kat sana, sikit je aku dapat. Tak boleh jadi ni. Aku kena balik as soon as possible. Oh yee aku ada beli something untuk Mr Bean. Hope you will like it.

HAMBA YANG LEMAH

Assalamualaikum..

Setiap orang yang hidup di muka bumi ni memang akan dapat bermacam-macam ujian. Tapi Allah tak akan turun kan ujian yang melebihi kemampuan hambanya. Jadi setiap masalah yang datang kat kita, kita harus redha atau terima seadanya. sekiranya kita ditimpa musibah seharusnya kita bersyukur sebab Allah tu masih sayang kat kita. Jadi aku bersyukur dengan segala masalah yang menimpa aku lately ni. Walaupun kadang-kadang menitis air mata dengan masalah-masalah yang menimpa aku. Bila ada masalah baru la aku nak ingat Allah. Sekarang aku sedar, yang aku dah jauh tersasar dari landasan yang betul. Rasa malu dan hina pun ada. Bila terkenang apa yang aku buat selama ni rasa sebak. Buang yang keruh ambil yang jernih. Hanya tu yang aku mampu. Semoga aku mampu