Wednesday, 17 August 2011

SELAMAT .....

Assalamualaikum..
tak jawab dosa kalau jawab sayang  (MARIA ELENA)


Well memandangkan aku dah lama sangat tak update blog aku ni. So, hari ni aku mengambil sedikit masa yang ada untuk mengarut dalam post ni. Alhamdulillah sekarang ni aku dah melaksanakan ibadah puasa hari yang ke 17. Bermacam-macam dugaan yang aku tempuhi sepanjang bulan ramadhan ni. Kebanyakan dugaan emosi. Semenjak, dua menjak, tiga menjak dan bermenjak-menjak ni emosi aku kurang stabil. Entah apa kena la dengan aku. Kadang-kadang ada je orang yang start nak buat aku rasa menyampah sampai tahap sampah. Tapi aku sabar, aku tak boleh melenting tengah bulan puasa ni. Cuma aku melenting dekat twitter la. Apa-apa pun dikesempatan ni aku nak ucapkan Selamat Berpuasa, Selamat Berbuka Puasa dan Selama Hari Raya.

Monday, 11 July 2011

I will try to FIX you

Assalamualaikum.
#nowplaying One Republic- Good Life.

Dah lama rasanya tak upate blog ni. Last update pun masa nak mula short sem and now aku dah habis short sem, tengah cuti. Kehidupan ketika short sem cukup bahagia dan indah. Kalau dulu aku sangka aku tak la sekuat mana untuk menangani segala musibah yang menimpa aku. Ternyata semua tu tak betul. Time is the best healer. Banyak juga yang aku pelajari sepanjang 3 bulan lebih di UIA. Alhamdulillah, aku dah kembali seperti sedia kala. Impian aku buat masa sekarang, ingin menjadi orang yang berguna kepada keluar, masyarakat dan juga agama. Insyaallah, aku akan cuba mengelak dari semua perkara yang boleh membuatkan aku alpa. Alhamdulillah aku ditempatkan dikalangan rakan-rakan yang banyak mengingatkan aku tentang erti hidup. Semoga aku boleh berubah untuk menjadi muslimah yang sejati. Amin.

Tuesday, 3 May 2011

Things to do

Assalamualaikum.
#nowplaying........


  1. Packing barang.
  2. Beli barang makanan.
  3. Packing buku-buku.
  4. Ready untuk hidup yang baru.
  5. Ready untuk result petang ni. Terima dengan hati yang terbuka.
  6. Jumpa bendahari UIA untuk urus hal loan TAPEM.
  7. Check-in mahallah hari sabtu.
Mulakan dengan lafaz bismillah. Semoga segala impian aku tercapai. Insyaallah. Sekiranya tidak tercapai, aku redha. Ada hikmah disebalik setiap kejadian. Segala musibah yang menimpa aku kebelakangan ini, aku pasrah dan redha kerana aku tahu, cuma DIA yang mengetahui apa yang terbaik untuk aku. Walau pun, untuk meredhakan sesuatu itu agak susah, tapi aku perlu cuba. Terima kasih ya Allah, terima kasih buat si dia, terima kasih kawan-kawan dan terima kasih keluarga.

Kalau

Assalamualaikum..
#nowplaying One Republic-Secrets

Situasi 1

A : Kau takut tak esok? Yela result nak keluar.
B : Takut sangat. Rasa macam banyak repeat ni.
A : Aku pun. Dah la exam haritu jawab macam apa entah.
B : Tu kau. Aku ni macam mana? Kalau kau tak boleh jawab, aku ni?

Situasi 2

A : Kau takut tak esok? Yela result nak keluar.
B : Tak takut langsung.
A : Gila la kau. Mesti gempak masa jawab exam.
B : Memang pun. Kenapa? Kau takut ke?
A : Hahaha. Aku takut laa.
B : Kau takut-takut pun tak ada guna. Result tetap juga keluar esok.

Aku di dalam situasi yang mana satu? Renung-renung kan.

Mesin Masa

Assalamualaikum..
#nowplaying Rihanna-Russian Roulette.


Kalau la mesin masa tu wujud..
Aku nak pergi ke masa lampau dan aku tak nak kenal kau..
Kalau la mesin masa tu ada..
Aku nak pergi ke masa lampau dan menikmati bahagia dengan kau..

Tapi semua tu dah tak ada makna. Bagi aku, kau dah mati. Aku dah tutup season sengsara dan season bahagia akan datang tak lama lagi. Tunggu dan lihat. Sekarang kau berada di atas, suatu masa nanti aku pula yang berada di atas. 

xoxo

Friday, 29 April 2011

Sometimes

Assalamualaikum..
#nowplaying The Script-For the first time.


:) Masa tengah down dengan si A, mesti aku akan dengar lagu tu. Bila dengar mesti aku terus okay. Lagu The Script ni banyak memori. Aku patut jauhkan diri aku dari semua memori tentang si A. Tapi, lagu-lagu The script ni aku tak boleh nak buang. Si A and lagu ni dah macam menjadi sebahagian diri aku. Now, bila si A hilang, aku ni ibarat hilang sebahagian diri aku. Aku rasa seronok sangat bila terkenangkan memori dengan si A. Tapi aku tak boleh terima yang si A dah tak ada dengan aku lagi. Bila tidur aku harap sangat semua ni mimpi. Bila bangun aku dapat call or mesej good morning dari si A. Bila bayangkan aku dengan orang lain, aku rasa macam tak boleh je. Aku nak tunggu si A. Biar pun berapa lama. Aku tetap tunggu.

"Policeman says son you can't stay here,
 I said there's someone I'm waiting for if,
 It's a DAY, a MONTH, a YEAR"

Thursday, 28 April 2011

I'm Smiling But I'm Dying

Assalamualaikum..
#nowplaying The Script-Nothing


Kadang-kadang aku rasa nak merayu, tapi aku tahu semuanya dah tak guna. Aku rasa nak menangis. Orang kata menangis je kalau tu boleh buat aku puas. Tapi aku sentiasa tak puas dengan menangis. So, aku simpan semuanya dalam hati. Sakit sangat. Cuma kau la satu-satunya yang boleh buat aku betul-betul in love. Mungkin betul apa kawan aku cakap. Aku hanya mengharapkan kau untuk jadi kau yang dulu. Mungkin betul aku hanya cintakan kau yang dulu. Mungkin betul selama ni aku cuma hidup dengan kenangan bersama kau yang dulu. Aku teringin nak jadi orang lain, senang nak melupakan lelaki yang diorang sayang. Tapi aku tak mampu. Kalau la kau tahu isi hati aku. Aku tahu aku tak boleh paksa kau untuk sayang aku. Kau dah berubah, aku dah berubah. Cuma satu, sayang dan cinta aku dekat kau tak pernah berubah. Aku cuma mampu doa satu hari kau akan datang balik. Aku cuma mampu bersabar.